Monday, November 17, 2008

wahai anakku

TEORI TERAPI GESTALT

SEJARAH

Terapi Gestalt ini dipelopori oleh Frederich Salomon Perls (1893-1970) Terapi Gestalt ini dikatakan berasaskan daripada psikologi Gestalt yang diutarakan oleh ahli-ahli psikologi Jerman. Perls mendapat pendedahan awal daripada ahli psikologi Gestalt di Frankfrut-am-Main iaitu daripada Profesor Goldsteins’s dan Gelb. Tempat ini merupakan suatu tempat penempatan askar yang hilang ingatan semasa Perang Dunia Pertama.

Selain itu, terdapat beberapa orang yang dikatakan telah banyak mempengaruhi perkembangan dan intelek dan falsafah Perls iaitu Laura (1927-1950),isteri kepada Perls yang bekebolehan dalam psikologi am. Karen dan William (1924-1936), Goldstein, Gelb serta ahli psikologi Gestalt yang lain pada tahun 1926. Perls telah mengumpul dan mencantumkan konsep-konsep pemikiran berbeza dan kreatif daripada Lender dan memaparkan dalam bukunya pada 1947 tentang konsep ‘Ego’, ‘Hunger’, dan ‘Aggresion’.

Perkembangan Terapi Gestalt

Ibu pejabat terapi Gestalt yang awal ditubuhkan di rumah Perls dan Laura di bandaraya New York. Mereka menjadikan ruang tamu sebagai tempat untuk seminar, bengkel dan kelompok. Perls kemudian berpindah ke pantai barat pada tahun 1960. Di sini Simkin mengatur bengkel untuk Perls. Pada tahun 1964 Templer dan Simkin telah menawarkan bengkal latihan terapi Gestalt yang pertama di Institut Esalen dan diketuai oleh Perls. Latihan terapi ini berpanjangan hingga tahun 1968. Selepas berpindah ke Cowichan, Kanada , manakala Simkin bersama Sherperd , Resnick , Martin telah meneruskan latihan terapi Gestalt ini sehingga tahun 1970.



Pengenalan tentang terapi Gestalt

Gestalt adalah merupakan pola, bentuk atau konfigurasi yang diamati oleh seseorang. Pola, bentuk atau konfigurasi ini terdiri daripada beberapa bahagian yang dilihat secara keseluruhan dan mempunyai makna yang tersendiri. Biasanya Gestalt terdiri daripada suatu bentuk atau konfigurasi yang menonjol dan menjadi tampuk perhatian di atas suatu latar belakang. Latar belakang ini boleh menjadi gestalt andainya di dalam persepsi itu ia diberi perhatian.

Konsep-konsep utama

Ada dua konsep yang digunakan di dalam terapi Gestalt iaitu “Here & Now” dan juga “Unfinished Business” (perkara-perkara yang belum/ tidak selesai).

Konsep “Here & Now”

Menurut Korsini (1979), terapi ini berdasarkan kepada sistem Existenxial yang memberi penumpuan kepada kesedaran dalam keadaan here and now. Dalam konsep “Here and Now” ditekankan dalam terapi Gestalt kerana dengan menekankan apa yang dirasai masa kini dan pada ketika itu juga akan menghindar klien daripada menceritakan tentang masa lampau mahupun masa akan datang.

Menurut terapi Gestalt , kecenderungan untuk klien menceritakan mengenai masa lampau tidak ada gunanya kerana ia tidak dapat membawa sebarang perubahan kepada klien. Lagipun ia menyekat klien daripada merasai dan mengetahui apa yang dirasai dan dialami masa kini dibenarkan bercerita supaya dapat melahirkan sebarang perasaan yang dirasai pada masa itu kepada masa kini.

Menurut terapi Gestalt pengalaman dan perasaan masa kini amat penting kerana dialah yang akan menyebabkan masalah kepada individu yang mendorong klien menumpukan perhatian kepada perasaan dan pengalaman masa kini. Terapi ini hanya menggunakan soalan ‘apa’ dan ‘bagaimana’ dalam proses kaunseling. Terapi Gestalt yakin bahawa melalui luahan perasaan dapat mendorong seseorang itu merasai atau mengalami ketidaklengkapan perasaan dan pengalaman.

Konsep “Unfinish Business”

Konsep ini penting dalam terapi Gestalt. Psikologi Gestalt berbicara tenntang hukum tutupan (closure) sebagai suatu keadaan yang akan memberi makna kepada bahagian-bahagian dipersepsikan. Tanpa tutupan dan penyempurnaan , kadang-kadang se suatu persepsi itu tidak mempunyai mempunyai makna dan akan tinggal tergantung. Demikian jugalah dengan perasaan manusia, sering terdapat keadaan di mana sesuatu perasaan itu tidak dapat dilepaskan lantaran sesuatu sebab. Hasilnya perasaan begini akan terbuku di dalam sistem badan kita. Misalnya perasaan marah, meradang, benci, risau, bersalah dan sebagainya yang tidak dapat dilepaskan.

Selagi perasaan tersebut tidak dapat dilepaskan dengan sempurna maka selama itu ia akan mengganggu kita di dalam kehidupan seharian tanpa disedari. Misalnya perasaan marah kita kepada guru yang tidak dapat dilepaskan kepada guru kita pada masa dahulu, kadang-kadang menyebabkan kita bertindak secara tidak rasional dan sewajarnya, walaupun kita mempunyai guru baru. Berbagai-bagai perasaan yang tersekat dan terpendam ini kembali mempengaruhi tindakan-tindakan kita masa kini. Lantaran wujudnya gangguan-gangguan seperti inilah, maka terapi Gestalt menggalakkan klien melepaskan semua perasaan terpendam tadi agar tidak lagi mengganggu cara kita berfungsi pada masa kini.
Ciri-ciri Terapi Gestalt
Terdapat beberapa ciri-ciri dalam terapi Gestalt . Menurut Joe Fagan dalam bukunya “ Gestalt Theraphy Now ” terdapat lima cirri terapi Gestalt .



Patterning ( Mencorak hubungan )

Seseorang yang ingin membuat hubungan dengan klien hendaklah tahu , faham dan mahir dengan terapi ini . disamping itu beliau haruslah mempunyai banyak pengalaman hidup dan sudah biasa mendapat kesedaran daripada masalah – masalahnya . Seseorang kaunselor juga harus memahami interaksi antara peristiwa dan sistem yang menyebabkan simptom kepada klien . Peristiwa ini merujuk kepada sesuatu yang berlaku kepada klien , manakala sistem pula merujuk kepada halangan kewujudan individu itu sendiri. Contohnya seperti sistem biologi individu, sistem persepsi ataupun sistem keluarga. Hasilnya daripada proses ini “Patterning” ini dinilai melalui 3 kriteria penting:

Berapa cepat simptom itu boleh disingkirkan daripada klien.
Apakah tingkah laku positif yang menggantikannya.
Sebanyak manakah gangguan terbentuk di dalam sistem yang saling berhubungan itu?

Didalam mencorakkan hubungan dengan klien, kaunselor tidak menitik beratkan penglibatan alam kognitif tetapi lebih menggunakan alam efektif. Kaunselor Gestalt juga tidak berminat dengan kehidupan lampau klien tetapi ia lebih sensitif atau lebih peka kepada perasaan kliennya, gerak-gerinya, sekatan yang menghalang kliennya daripada menguasai perasaan dan pengalaman-pengalaman tertentu. Bolehlah dikatakan kaunselor terapi Gestalt lebih berminat kepada keseluruhan diri individu yang boleh diperhatikan seperti interaksi dan gerak-geri anggota badannya, percakapan dan intonasi suaranya. Kaunselor tidak akan campur tangan di dalam sistem lain yang tidak dapat dilihat. Kebanyakkan prosedur Gestalt adalah direka bentuk bagi melihat persimpangan ( seperti di sebelah ) dan melihat gangguan yang lainnya sebagai tidak penting.



Persimpangan


“ Event ” “ Existence ”



Simptom


Secara ringkasnya proses mencorakan hubungan dengan klien ini melibatkan proses interaksi di mana melalui interaksi ini ia menyediakan klien untuk berhubungan dengan lebih berkesan di dalam kehidupannya.

Control (Kawalan Hubungan)

‘Control’ atau awalan hubungan didefinisikan sebagai keupayaan terapi untuk menyakinkan atau memaksa klien untuk mengikut prosedur yang telah ditentukan oleh kaunselor di dalam pelbagai situasi. Kaunselor juga harus berhati-hati daripada dikawal simpton klien ini. Dua major aspek yang terlibat dalam kawalan ini adalah motivasi dan perhubunagn yang erat (rappot). Motivasi selalunya dilihat mempunyai hubungan dengan ketidakselesaan atau kecemasan klien. Manakala perhubungan yang erat di lihat sebagai perasaan selesa dan jumlah perhubunagn yang positif di antara klien dan kaunseror.

Keperluan kawalan mula berkurangan apabila kerjasama antara klien dan kaunselor meningkat. Ini kerana telah wujud saling mempercayai antara keduanya.



Potency ( Potensi Hubungan )

Kauselor membantu klien bergerak mengikut arah yang diingini, iaitu kepada perubahan yang lebih baik dan positif. Kaunselor boleh menentukan prosedur yang membolehkan klien melalui sendiri dengan diperhatikan oleh orang lain. Ini hanya dapat berlaku jika telah wujud perhubungan yang teraputik. Walau bagaimanapun kaunselor perlu mengetahui pelbagai taktik, prosedur, eksperimen, arahan, cadangan yang dapat menghasilkan perubahan ini. Boleh dikatakan semua taktik yang digunakan di dalam terapi ini berbentuk cabaran, konfrantasi dalam membantu kliennya menghadapi simptom. Namun ia dapat dilakukan secara agresif atau ‘caring’. Ini bergantung kepada kebolehan seseorang kaunselor itu. Kaunselor boleh mengamal untuk kliennya bahawa gangguan kepada sistemnya akan berlaku. Bagi menggelakkan kliennya untuk terlibat membuat perubahan, walaupun matlamat di tentukan oleh klien.
Kaunselor mempunyai tanggungjawab untuk terlibat dan mengingatkan kliennya kepada pelbagai pilihan lain yang mungkin.

Humaness(Hubungan Kemanusiaan)

Dalam hubungan dengan kliennya, kaunselor terapi Gestalt menekankan ketulenan dan perhubungan yang teraputik. Kaunselor juga hendaklah jujur dan ikhlas. Di dalam hubungan kemanusiaan ini, ia melibatkan pelbagai penglibatan, antaranya rasa ambil berat kaunselor kepada klien,kaunselor menyatakan atau berkongsi apa yang sebenarnya yang dirasai bersama klien, rasa terbuka dan kaunselor sebagai model kepada kliennya. Dalam membentuk sesorang klien yang tulen bukanlah sesuatu yang mudah tetapi bagi kebanyakkan kanselor Gestalt ia merupakan satu bahagian yang penting. Di dalam terapi ini, kaunselor untuk merasai sendiri pengalaman. Ini menitik beratkan tentang pengalaman, kesedaran si sini dan masa kini, keseronokkan, hiburan, penglibatan emosi secara serius dan interaksi secara langsung. Ketika bersama klien, kaunselor juga ditawarkan dengan pelbagai cara untuk membolehkan mereka meningkatkan lagi pengetahuan setinggi yang termampu.

Commitment (Iltizam)

Kauselor bertanggungjawab terhadap tugas dan kerjanya sebagaimana juga kepada kliennya. Tanggungjawab dan pengurusan penglibatan dan penerimaan memerlukan minat dan tenaga yang tinggi. Terapi Gestalt lebih menitik beratkan tanggungjawab kaunselor kepada dirinya bagi meningkatkan penglibatan tugas seharian. Ia juga mencadangkan cara kepada kaunselor membantu diri sendiri dalam meneroka rasa bosan dan bersalah yang mungkin berlaku. Di dalam situasi ini ia menambahkan minat kedua kaunselor dan klien dan menawarkan cara untuk menghadapi kegagalan.
Walaubagaimanapun ciri-ciri yang dihuraikan ini bergantung kepada kepelbagaian faktor, jenis masalah, masa dan sebagainya. Tindak balas kaunselor kepada kelima-lima cirri ini bertujuan bagi membentuk klien yang lengkap, termasuk pengetahuan intelek, kebolehan kognitif, hubungan kognitif, hubungan personel, nilai, minat dan pengalaman hidup.

ANDAIAN TEORI GESTALT TERHADAP MANUSIA.

Manusia adalah organisma yang bersatu dan berfungsi secara menyeluruh. Organisma yang sihat itu berperasaan, berfikiran dan bertingkahlaku, iaitu mempunyai roh, akal dan jasad.

Manusia mempunyai kecenderungan untuk mencari keseimbangan atau homestasis. Apabila berlaku gangguan kepada perimbangan ini, disebabkan munculnnya suatu keperluan, akan muncul di dalam diri individu itu mekanisma-mekanisma yang berusaha mencapai perimbangan semula. Proses ini berlaku secara berterusan dan membantu individu itu berkembang.

Perls bersetuju yang manusia mempunyai seks seperti yang dianjurkan oleh Freud. Perls juga yakin bahawa manusia juga mempunyai suatu naluri iaitu naluri lapar. Naluri lapar ini berkembang mengikut peringkat-peringkat tertentu . Tiap-tiap peringkat ini bertanggungjawab bagi menghasilkan ciri-ciri personaliti.

Manusia dan persekitaran sering berinteraksi. Titik pertemuan interaksi ini , dinamakan sempadan konteks ( boundry contact ) . Objek dan individu di dalam persekitaran yang memuaskan keperluannya akan memperolehi kataksis positif , manakala yang menyekat dan menghalang kepuasan ini memperolehi kataksis negatif . Oleh itu manusia akan berusaha untuk mendampingi kumpulan pertama dan menghindari kumpulan kedua. Jika ianya berjaya maka Gestaltnya menjadi lengkap. Setelah itu tercapai, indivdu tadi bolehlah menumpukan perhatiannya kepada perkara lain yang akan menjadi ‘figure’ baru.

Manusia mempunyai kebolehan untuk bertanggungjawab, untuk merasa dan seterusnya menyatukan segala persaan dan pengalaman ini di dalam kendiri yang bersepadu. Oleh kerana masalah tertentu yang di alami semasa ia membesar dan berkembang, individu mencari jalan-jalan tertentu untuk mengelak masalah ini dan berhadapan dengan kebuntuan (Unfinised Business). Oleh itu kesedaran manusia harus dipertingkatkan kerana melalui kesedaran , ‘Unfinished Business’ akan timbul dan dapat menuju ke arah kesempurnaan kendiri.

Ego di dalam Gestalt merujuk kepada sistem tindak balas organisma terhadap persekitaran , samada menghampiri atau menghindari. Dialah yang melakukan fungsi-fungsi pentadbiran dalam menentukan apa yang harus menjadi ‘figure’ itu, apa yang harus menjadi latar belakang menurut keperluan organisma ketika itu.


INDIVIDU BERMASALAH MENGIKUT TEORI GESTALT

Setiap individu berhak memilih dan menolak apa saja di dalam hidupnya . Bagaimana seseorang itu bertingkahlaku adalah tanggungjawab diri sendiri . Lebih tinggi kesedaran ( Awareness ) , lebih tinggi kebebasan untuk membuat pilihan di dalam hidup walaupun pilihan itu memedihkan . Individu yang bermasalah bagi teori Gestalt adalah individu yang terpisah daripada persekitaran dan terpisah daripada perasaannya sendiri . Akibat daripada itu , ia menjadi kurang kesedaran dan menjadi tidak bertanggung jawab terhadap tingkah laku dan keputusan yang dibuat .
Untuk mengelakkan dari merasa sakit , individu bermasalah ini akan menjadikan dirinya sebagai sifat-sifat berikut :

Aboutistik People

Klien biasanya tidak mahu merujuk perasaannya sendiri dan tidak bertanggung jawab . Contohnya , apabila bercakap suka menggunakan perkataan ‘ kita ’ bukan ‘ saya ’ . Individu seperti ini juga akan mempunyai banyak helah bela diri seperti memprojekkan sesuatu perkara kepada orang lain atau memberikan rasionalisasi secara intelektual terhadap sesuatu perkara . Contohnya :
“ Saya sudah bosan dengan kerja-kerja ini ”( Dia yang sebenarnya bertanggung jawab atas kebosanan kerja itu .
“ B tidak percayakan saya ” ( A yang sebenarnya tidak percayakan B .

Shouldistik People

Individu seperti ini banyak bergantung kepada “ Sepatutnya ” , contohnya : “ Sebagai pelajar aku sepatutnya ……….” . Gestalt lebih menekankan Here and Now kerana individu yang bermasalah seringkali ingin lari daripada merasai perasaannya pada waktu itu . Mereka akan bercerita tentang perkara-perkara lepas semata-mata kerana ingin mengelak daripada berhadapan dengan tanggung jawab masa kini .
Selain daripada itu individu yang bermasalah adalah individu yang melihat dirinya secara rigid dan “ stereotype”. Ia tidak menerima dirinya secara keseluruhan , hanya menerima kalebihan dan menafikan kelemahan dirinya .

TEKNIK-TEKNIK YANG DIGUNAKAN DALAM TEORI GESTALT.

Setelah menjalankan sesi kaunseling, kaunselor yang hendak menggunakan pendekatan Gestalt perlu mengambil kira beberapa perkara berikut :

berhati-hati dalam menjalankan sebarang permainan atau eksperimen supaya tidak dirasai oleh klien sebagai satu arahan atau perintah.

Klien berhak menerima atau menolak

Jika klien menolak perlulah meneroka semula supaya klien dapat kenalpasti rintangan yang menyekat dirinya daripada mengalami dan merasai pengalaman yang lengkap.

Jika kliennya bersetuju, ia juga mempunyai kuasa untuk meneruskan eksperimen itu sepenuhnya, ataupun sebahagiannya atau berhenti bila-bial masa ia hendak berhenti. Tujuannya untuk memberi kuasa kepada klien untuk bertindak secara bertanggungjawab.

Klien juga hendaklah diberitahu yang eksperimen ini belum tentu membawa hasil yang diharapkan.

Klien hendaklah membuat tafsiran mengenai perasaan, pemikiran dan tingkah lakunya. Kaunselor hanya berfungsi sebagai cermin yang akan memberi maklum balas yang jujur dan spontan, melalui cara-cara berbahasa atau tanpa bahasa.

Apabila menjalankan proses kaunseling menggunakan pendekatan gestalt, teknik yang digunakan secara umum adalah untuk mendorong atau menggalakkan klien merasai atau mengalami pengalaman-pengalamn tertentu yang selama ini tersekat, terpendam atau tidak dirasai. Secara umumnya teknik yang digunakan dalam bentuk dialog yang akan memberi kesedaran (awareness) kepada klien. Terdapat banyak teknik dan permainan di dalam Gestalt, antaranya ialah permaianan berdialog, Making The Round, Unfinished Business, saya bertanggungjawab bagi……….., saya ada suatu rahsia …………,bermain dengan projeksi, teknik kebalikan/reversal, permainan raptai, permainan Exaggeration, kekal dengan suatu perasaan dan tafsiran mimpi.

Walaubagaimanapun teknik dalam Gestalt ini akan di definisikan komponen yang spesifik, konkrit, dan berhubungan. Tiga perkara yang perlu ditimbang dengan tepat dalam perkembangan Gestalt semasa kaunseling ialah ;

i. Perhubungan pendekatan Gestalt dengan pelbagai teori kaunseling
ii. Pendekatan Gestalt semula jadi.
iii. Personaliti kaunselor.

Teknik-teknik dalam kaunseling ini boleh diletakkan di dalam kategorikategori pendekatan yang hendak di buat oleh kaunselor kepada klien Contohnya jika kaunselor mendapati kliennya bermasalah di sebabkan tidak ada kesedaran diri dan selalu tidak mahu bertanggungjawab pada diri sendiri maka boleh menggunakan teknik-teknik di bawah pendekatan ‘kesedaran’ yang terdiri daripada 8 teknik:

i. Kesedaran
ii. Bahasa dan percakapan.
iii. Kesedaran ‘Nonverbal’
iv. Fantasi
v. Yang lepas dan akan datang
vi. Perasaan

KESEDARAN

Pada asasnya manusia menurut Gestalt tidak boleh memisahkan dirinya dengan persekitaran diri sendiri. Oleh itu individu itu perlu menyedari persekitaran dirinya sendiri dan untuk memastikan individu ini hidup dengan efektif maka memadai dia menyedari antara diri dan persekitarannya.

Teknik yang boleh digunakan;
i. Saya sedar yang awak ……….
ii. Sekarang saya sedar ……….
iii. Saya sedar yang saya ……….
iv. Pengulangan
v. Exaggeration
vi. Bolehkah awak menyedari ……….
vii. Apa yang awak sedar sekarang ………
viii. Kekal dengan (stay away)

Contoh Teknik “Exaggeration”

Sesuatu perasaan yang dirasai boleh dilahirkan dengan gerak-geri atau bahasa tubuh badan atau melalui bahasa. Di dalam teknik ini individu yang merasai yand mersai sesuatu akan di galakkan melahirkan perasaan itu demgan lebih hebat lagi, sama ada melalui bahasa mahupun gerak-geri. Misalnya, jia dia gementar lutut, ia digalakkan untuk mengulangi lafaznya itu dan setiap kali ia dilafazkan, ia hendaklah mengulangi dengan kelantangan dan kenyaringan. Kedua-dua usaha ini bertujuan supaya klien dapat merasai, menyedari dan mendengar apa yang sedang dirasai dan dialami.

Apabila klien melahirkan sesuatu perasaan yang menyakitkan dirinya, kelihatan yang ia akan cuba lari daripada itu. Disaat itulah kaunselor menggalakkan kliennya untuk terus meneroka perasaan yang menyakiti ini, terus merasainya dan terus mengalaminya. Memang tidak mudah untuk melakukanya kerana tindakan sebegini akan memaksa klien untuk membasmi sebarang rintangan atau sekatan yang selama ini digunakan untuk menyekatkan perasaan itu. Teknik yang memaksa individu untuk berdepan, untuk berkonfrontasi dan untuk merasai perasaan itu, memerlukan keberanian, kesanggupan dan kerelaan pada diri klien untuk menderita dan juga untuk mencari jalan-jalan baru untuk berkembang.

Bahasa Atau Percakapan (Language)

Dalam pendekatan ini matlamatnya untuk merubah sikap individu yang selalu merubah sikap individu yang selalu memanipulasi bahasa percakapan bagi menyembunyikan atau mengelakkan gambaran perasaanya sebenar. Individu yang bermasalah ialah individu yang tidak mempunyai kesedaran diri kerana telalu menggunakan bahasa percakapan yang boleh mengelakkan gambaran perasaannya sebenar. Individu yang bermasalah ialah individu yang tidak mempunyai kesedaran diri kerana terlalu menggunakan bahasa percakapan yang boleh mengelakkan dia dari menyedari apa yang berlaku pada dirinya sendiri dan selalu menyalahkan orang lain.

-Teknik yang digunakan dalam pendekatan ini ;

i. “it ………. I”
ii. “you ………. I”
iii. “we ………. I”

-Tukar nama kata kerja

i. “can’t ……….won’t”
ii. Need ………. Want
iii. Have to ………. Choose to
iv. Know ………. Imagine
v. Passive ……….. active voice

-Tukar perkataan

i. tetapi ………. Dan
ii. soalan ………. Kenyataan

-Lain-lain

i. mengapa ……….. bagaimana & apa

Pendekatan Kesedaran “Nonverbal”

Terdapat 4 perkara penting dalam matlamat pendekatan ini iaitu :
i. semua tingkah individu itu membawa makna di mana ia tidak boleh digambarkan melalui perkataan.
ii. Kebanyakkan nonverbal individu tidak disedari oleh individu itu sendiri berbanding dengan verbal yang boleh dirancang.
iii. Nonverbal adalah spontan dan tidak ada penapisan berbanding dengan verbal.
iv. Nonverbal dan verbal selalunya bila melihat samada orang itu berpura-pura, maka boleh ketidakselarasan di antara verbal dan nonverbal.

Teknik yang digunakan dalam pendekatan ini :

Meliputi semua anggota dan pancaindera yang terdapat pada tubuh seseorang manusia seperti bibir, hidung, kaki, tangan, telinga, kepala dan lain-lain pancaindera. Teknik ini selalunya digunakan kepada ahli sukan.

Pendekatan Fantasi.

Pendekatan ini bukan bertujuan untuk membolehkan individu mendapat sesuatu perkara yang tidak pasti. Contohnya menjadikan individu sebagai hero atau sesuatu yang diluar kemampuannya. Tapi apa yang penting memberi peluang kepada klien mengalami semula peristiwa yang lepas yang tidak dapat diselesaikan (unfinished business) dan membawa klien mengalami sesuatu yang akan datang dengan tujuan klien dapat menyedari apa yang akan dihadapinya.
Melalui fantasi juga klien dapat mempelajari dirinya sebenarnya.
Teknik yang digunakan dalam pendekatan ini :
i. Fantasi
ii. Identifikasi dan projeksi
iii. Dialog



Teknik Projeksi.

Projeksi adalah suatu usaha atau tindakan yang dilakukan hampir setiap individu untuk menafikan sifat-sifat atau ciri-ciri tertentu dalam dirinya dan penafian ini dilakukan dengan memprojekkan sifat atau cirri itu kepada orang lain. Contohnya; di dalam keadaan dimana A yang berbunyi, B tidak percayakan saya!. Bila dirasai yang seseorang itu banyak melakukan projeksi, ia akan di minta merasai dan mengalami sendiri kenyataan yang dibuat kepada B.

Pendekatan Perasaan

Ramai individu apabila tidak dapat menyedari apa persaan yang di alami dalam dirinya sendiri keadaan ini menyebabkan kehidupannya terganggu dan tidak stabil. Oleh itu melalui pendekatan ini klien dibawa untuk mengenali perasaan yang sedang dialaminya dan bertanggungjawab dengan perasaan yang di alaminya.

Teknik yang digunakan dalam pendekatan ini ;

i. Tanggungjawab (responsibility)
Sekarang saya rasa, I give you power, creating feeling.
ii. “Bipolaritis”
topdog & underdog, Ambivalances, opposite.
iii. Aceeptance
iv. Avoidance

Soalan
Peraturan
Penapisan/censoring

Permainan Berdialog

Untuk teknik ini pendekatan Gestalt membuat andaian bahawa setiap orang akan wujud konflik di dalam diri individu hasil daripada antara topdog dan underdog. Topdog merupakan unsur yang menekan kedudukan authoritarian, moralistic, medesak tipu helah dan sebagainya. Ia adalah merupakan unsur ibu bapa yang kritikal yang sering mengkritik dan selalu menekan “patut” dan “harus”. Underdog pula merupakan unsur yang menjadi mangsa di dalam sesuatu keadaan dan kerana rol yang dimainkan ini ia sering bersikap membela diri (defensive), selalu meminta maaf, tidak berdaya dan lemah. Ia sering sekali memberi alasan-alasan bagi kelemahan-kelemahan diri dan rolnya.
Kedua-dua unsur ini sering bertelagah dan bergelut untuk menjadi unsur yang dominan di dalam personaliti seseorang itu. Topdog ingin mengawal, manakala underdog pula sering mengalah. Untuk mengatasi atau menyelesaikan masalah pertikaian Ini teknik berdialog dengan menggunakan pendekatan “kerusi kosong”. Dua buah kerusi kosong disediakan satu untuk rol topdog dean satu lagi untuk rol underdog. Individu yang menggunakan teknik ini akan diajak untuk memainkan peranan salah satu daripada rol-rol ini sepenuhnya dengan mencurahkan isi hati dan perasaannya. Curahan ini dilakukan secara bergilir-gilir seolah-olah wujud dialog di antara dua unsur ini.matlamatnya ialah :

i. Supaya setiap unsur ini menyedari dan memahami rol unsur yang lain.
ii. Dengan merasai, menyedari dan memahami, maka kedua-dua unsur ini dapat hendaknya menerima unsur-unsur yang berlawanan ini ke dalam personalitinya tanpa perlu bertikai atau berkonflik lagi.
iii. Sayalah yang bertanggunjawab ………..
Teknik ini memerlukan klien membuat berdialog ………. Sayalah yang bertanggungjawab bagi kegagalan ………..

Teknik ini bertujuan supaya ;

Klien menyedari dan merasai perasaan tertentu.
Menerima perasaan itu tanpa memprojekkannya kepada orang lain ataupun memberi helah atau alasan-alasan tertentu. Apabila ia berjaya berbuat demikian, ia sudah bersedia untuk bertanggungjawab bagi perasaan, pemikiran dan tingkah laku.

Di dalam personaliti terdapat dua unsur-unsur baik dan jahat, unsur positif atau negatif. Selalunya individu menekankan aspek-aspek jahat dan negatif dan melahirkan unsur-unsur baik dan positif sahaja. Unsur yang jahat dan negatif ditekankan melalui proses represi. Dengan berbuat demikian, individu tidak dapat mengalami hidup yang sepenuhnya dan kadang-kadang ia didesak untuk bertindak secara jahat dan negatif tetapi tidak berani untuk berbuat demikian. Demikian juga halnya, di mana terdapat individu yang hanya bertindak secara jahat dan negatif sahaja sedangkan aspek baik dan positif ditekankan.

Dalam keadaan-keadaan begini, individu tadi akan digalakkan untuk bertindak denagn menggunakan unsur-unsur yang ditekankan baik atau jahat. Dengan melakukan tindakan-tindakan sebegini, segala perasaan yang selama ini terpendam dan

Mimpi Di Dalam Terapi Gestalt

Mimpi dianggap sebagai suatu saluran di mana individu dapat memprojekkan perasaan-perasaan yang terpendam di dalam dirinya. Justeru kerana itu pendekatan Gestalt yakin bahawa setiap perkara yang wujud dalam suatu mimpi itu sebenarnya merupakan perasaan yang terpendam tadi yang diprojekkan.

Di dalam Terapi Gestalt, kaunselor tidak mentafsir mimpi, sebaliknya individu yang bermimpi di minta ;

i. Mencatakan semua perkara yang di mimpikan.
ii. Menceritakan mimpi itu dengan menggunakan keadaan masa kini, seolah-olah mimpi itu sedang berlaku di alam nyata.
iii. Individu yang bermimpi di minta untuk melakonkan semua perkara yang wujud di dalam mimpi itu.

Dengan berbuat demikian, Gestalt mendapati bahawa klien tadi dapat merasai
perasaan yang terpendam dan mengalami dan kerana itu dapat mengambil tindakan-tindakan tertentu untuk merasai dan mengalami perasaan-perasaan yang terpendam ini akan mengubah tingkah laku, dan tingkah laku pihak-pihak yang terlibat agar sesuatu pola baru akan wujud.

Pendekatan Yang Lepas Dan Akan Datang.

Dalam pendekatan ini matlamatnya bukan cuba meneroka masa lepas tetapi untuk membawa klien supaya lebih menyedari bahawa apa yang lepas itu tidak penting dan akan memfokuskan “Here And Now”. Begitu juga sebaliknya pada masa akan datang. Klien akan dibawa kepada masa ini iaitu “Here And Now”

Teknik-teknik yang digunakan untuk telah lepas;
i. Presenting the past
ii. Reclaiming
iii. Differentiating the past and the present
iv. Unfinished business
v. Learning from the past.

Teknik yang digunakan untuk masa depan :
i. Presentizing the past
ii. Presentizing it-then
iii. Predictions based on the past.
iv. Differentiating the future and the past

MATLAMAT TERAPI GESTALT

Ada beberapa matlamat penting yang ingin dicapai melalui terapi Gestalt antaranya :
Membuat klien tidak lagi bergantung kepada orang lain, membuatnya sedar yang ia boleh membuatkan berbagai-bagai perkara jauh lebih banyak daripada apa yang disangkanya.
Membantu klien agar ia dapat mengalami dan merasai nikmat hidupnya denagn lebih sempurna lagi. Tetapi Gestalt mempunyai andaian bahawa setiap individu itu mempunyai banyak potensi, tetapi oleh kerana ia terikat dan terkongkong dengan sekatan-sekatan tertentu di dalam hidupnya, ia tidak berjaya mengalami hidupnya dengan sepenuhnya.
Membantu individu untuk mencari keyakinan diri sendiri iaitu mengenal dirinya dengan sepenuhnya, tanpa berusaha menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya. Kadangkala masyarakat itu sendiri tidak siuman. Kita tidak perlu mengikut atau menyesuaikan diri kita dengan masyarakat tersebut.
Membantu klien agar dapat benar-benar merasai dan menyedari segala perasaan dan pengalamannya. Hanya dengan merasai dan mengalami perasaan dan pengalamannya itu sahajalah ia boleh berusaha ke arah mengubah personalitinya. Hanya dengan cara begini Gestalt akan menjadi sempurna berdepan dengan perasaan yang tertekan dan sebagainya. Perasaan-perasaan ini kelak bolehlah di ubah melalui terapi/ sesi kaunseling.

KESIMPULAN DAN PENILAIAN.

Terapi Gestalt adalah terapi yang menekankan kesedaran masa kini dan di sin. Ia memberi perhatian khusus kepada jenis-jenis tingkah laku yang tersekat perkembangannya dan bagaimana tingkah laku ini terjadi sedemikian sehingga organisma tidak boleh berfungsi dengan berkesan masa kini.
Lantaran matlamat yang ingin dicapai ialah bagi seseorang individu itu menerima tanggungjawab ke atas dirinya sendiri, hidup untuk masa kini dan mengalami hidup secara konkrit dengan sepenuhnya terutama sekali dari segi perasaan. Satu sumbangan penting terapi Gestalt ialah ia mengizinkan individu itu benar-benar mengalami perasaannya dan tidak lagi sekadar bercakap mengenainya. Melalui cara ini, seseorang itu dapat menambahkan kesedaran tentang dirinya. Terapi gestalt mempunyai teknik yang beraneka rupa untuk mencapai matlamat ini. Salah satu perkara yang terpenting dalam terapi Gestalt ialah konfrantasi ke atas kliennya yang bertujuan untuk mengubah dan membawa suatu perubahan dalam hidupnya.

Adakala terapi Gestalt terlalu terikat dengan teknik-teknik sehingga lupa untuk membantu kliennya untuk berkembang. Malah kadang-kadang terapi gestalt melindungi kelemahan-kelemahan di sebalik teknik-teknik ini . Sesetengah ahli terapi begitu terpesona dengan karisma Fritz Perls yang mengutarakan terapi ini sehingga mereka terbawa-bawa dengan cara Perls, sedangkan mereka tidak secekap Perls. Hasilnya mungkin terjejas. Namum begitu terapi Gestalt juga sebenarnya memberi sumbangan besar untuk membantu klien dalam usaha mereka mencari identiti diri yang sebenarnya .




















Rujukan :
Clarkson ,P ( 1989 ) . Gestalt Counselling in Action . London : Sage Publications Ltd
Goodwin , C. J ( 1999 ) . A History of Modern Psychology . New York : John Wiley & Sons , Inc
Joyce, P. , Sills, C ( 2001 ) . Skills in : Gestalt Counselling & Psychotherapy . London : Sage Publications Ltd
Mackewn , J ( 1997 ) . Developing Gestalt Counselling . London : Sage Publications Ltd

wahai anakku

Temen-temen, tulisan ini merupakan suatu intisari dari sebuah terjemahan kitab kecil yang berjudul Wahai Anakku (Ayyuhal Walad), yang berisi hal-hal yang sangat dahsyat untuk kita sebagai anak, calon orangtua, maupun bapak atau ibu. Kitab ini juga sangat berguna untuk kita sebagai penuntut ilmu, pekerja, dan hamba yang selalu butuh Penciptanya. Dan tidak bisa dipungkiri kedahsyatan isi kandungan kitab ini tak lepas dari peranan sang penulis yang memang telah cukup banyak mengeluarkan kitab2 dahsyat lainnya, Beliau adalah Syekh Al Imam Zinuddin Hujjatul Islam Abu Hamid ibnu Muhammad Al Ghazali
Kitab ini membahas 10 Nasihat dari Imam Ghazali kepada muridnya, dan insyaallah saya akan menuliskan dan menyampaikan tidak secara langsung tetapi satu per satu nasehat.
Mudah-mudahan ini bermanfaat bagi kita semua, bagi siapapun tanpa terkecuali.
Selamat Menikmati .!!!
Muqaddimah
Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam. Akhir kebaikan tetap berada ditangan orang-orang yang bertakwa. Semoga sholawat dan salam tetap tercurahkan kepada Nabi Allah, yaitu Muhammad SAW, dan semoga rahmat Allah terlimpahkan pula kepada seluruh keluarganya.
Ada seorang pelajar yang tekun dan sabar melayani gurunya yang bernama Syekh Al Imam Zinuddin Hujjatul Islam Abu Hamid ibnu Muhammad Al Ghazali. Pelajar tersebut senantiasa menghabiskan waktunya untuk menggali berbagai ilmu dan sering membaca kitab dihadapan gurunya, Al Ghazali, sampai ia berhasil menyerap berbagai cabang ilmu. Ia juga menyempurnakan bermacam-macam amalan utama untuk dirinya.
Pada suatu hari saat si pelajar sedang sendirian, ia merenungkan keadaan dirinya, lalu berkata dalam hati : ”Aku telah berhasil membaca berbagi ilmu, Aku juga telah menghabiskan umurku untuk belajar dan mengumpulkan ilmu-ilmu itu. Sekarang yang paling baik untukku adalah mengetahui jenis-jenis ilmu yang bermanfaat buatku untuk hari esok serta yang dapat membahagiakanku didalam kuburku nanti. Adapun ilmu-ilmu yang tidak bisa memberi manfaat buat diriku, maka ilmu itu akan kutinggalkan sebagaimana yang disabdakan oleh rasulullah SAW :”Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat”
Angan-anganku ini senantiasa menjadi beban pikiranku sampai akhirnya aku berkirim surat kepada guruku, Al Ghazali, untuk mendapatkan fatwa darinya serta untuk menanyakan berbagai masalah, juga untuk mengharapkan nasihat dan do’a dari beliau.
Dan Imam Ghazali pun menulis surat jawaban yang berisikan 10 nasihat sebagaimana yang dikehendaki oleh muridnya. Wallahu a’lam.
Adapun isi surat tersebut adalah sebagai berikut :
Camkanlah Nasihat Ini
Ketahuilah wahai anakku tercinta dan mulia, semoga Allah memberimu usia panjang dengan taat kepadaNya. Semoga Allah juga melapangkan jalanmu sebagaimana jalan para kekasihNya. Sesungguhnya keterangan mengenai nasihat sudah kutulis dalam beberapa risalah dan sudah kusampaikan kepadamu, lantas nasihatku yang mana yang kau kehendaki? Jika nasihat-nasihatku itu masih belum dirasa cukup, katakanlah kepadaku apa yang kau hasilkan dalam belajar tahun yang lalu.
Wahai anakku, yang termasuk bagian dari nasihat adalah apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW kepada ummatnya, bahwa beliau pernah bersabda :”Tanda berpalingnya Allah SWT dari seorang hamba adalah disibukkannya hamba tersebut dengan sesuatu yang tidakbermanfaat bagi dirinya. Orang yang kehilangan masa usianya yang tidak digunakan untuk ibadah, maka pasti ia akan mengalami penyesalan yang berkepanjangan. Barangsiapa sudah berumur 40 tahun, diomana kebaikannya tidak bisa menutupi keburukannya, maka bersiap-siaplah ia masuk kedalam neraka”
Nasihat ini sudah cukup bagi orang-orang yang berilmu. Wahai anakku, nasihat itu mudah, yang sulit adalah menerima dan menjalankan nasihat tersebut. Bagi orang yang suka menuruti hawa nafsunya, nasihat itu terasa sangat pahit, karena hal-hal yang dilarang agama sangat disukai dalam hatinya.
1. Janganlah Niat Menuntut Ilmu untuk Mencari Keduniaan
Wahai anakku, berapa banyak malam yang kau gunakan untuk mempelajari ilmu sampai engkau haramkan dirimu tidur. Aku tidak mengerti apa yang menyebabkan dirimu bersemangat dalam belajar. Jika semangatmu dalam belajar untuk tujuan mencari materi atau menarik kebutuhan duniawi atau meraih kedudukan dalam hal pangkat keduniaan atau digunakan untuk kebanggan diri dihadapan teman-temanmu, maka kerusakan diri pasti akan kau rasakan.
Jika niat belajarmu semata-mata untuk menghidupkan syariat Allah dan membersihkan akhlakmu serta mengalahkan nafsu amarah yang selalu mengajak pada perbuatan jahat, engkau tentu akan merasakan kebahagiaan dan keuntungan.
Benar apa yang dikatakan orang yang melagukan suatu syair :
Tidak terpejamnya mata dalam beberapa malam
Untuk tujuan selain Allah adalah sia-sia
Menangisnya mata
Untuk tujuan selain Allah adalah tiada guna
Wahai anakku,
Hiduplah menurut apa yang kau hendaki
Tetapi ingatlah bahwa engkau pasti akan mati
Bersenang-senanglah terhadap apa yang engkau inginkan
Tetapi ingatlah dirimu pasti berpisah dengannya
Lakukanlah perbuatan sesuka hatimu
Nanti engkau akan merasakan pembalasannya
Wahai anakku, ketahuliah ilmu yang tidak bisa menjauhkan dirimu dari dunia ini berarti tidak bisa menjauhkanmu dari kemaksiatan dan tidak dapat mendorongmu semakin taat kepada Allah. Ilmu seperti ini juga tidak bisa menyelamatkanmu dari jilatan neraka Jahannam.
Jika ilmumu tidak kau amalkan pada hari ini sampai terlewatkan dalam beberapa hari, tentu pada hari Kiamat nanti engkau akan berkata :
”Kembalikan aku ke dunia! Aku akan melakukan amal shalih” Lalu dikatakan kepadamu: ”Wahai orang bodoh, kamu datang kemari berasal dari dunia”
"Bersambung ke Nasihat 2...."